Showing posts with label ENTRI JEJAI. Show all posts
Showing posts with label ENTRI JEJAI. Show all posts

Saturday, September 3, 2011

Hari Raya Di Muar 2011 Hari Raya di Kebun?



Hari Raya kedua Hari Raya Di Muar Serangan dari Keluarga 69. Yang Hadir Keluarga Uteh, Ucu dan Anjang Udin. Nilah dikatakan berhari raya dikebun..hehe.Tengok jerlah gelagat Anjang Udin bila dapat jumpa kebun buah. Memang tak henti-henti ambik buah. Kalo musim durian mau sehari suntuk kat kebun..hehe..Layan dulu gambar aksi Anjang Udin menjolok buah..
 
 MISI BERMULA

SENYUM DAHULU AMBIK BERKAT..HEHE

AKSI MENJOLOK BUAH DUKU

BUAH RAMBUTAN TAKYAH JOLOK MAIN PETIK JERR

MENGHILANG PENAT DENGAN MAKAN BUAH RAMBUTAN..HEHE

Tu dia..korang tengok jerlah gelagat Anjang Udin bila dapat jumpa kebun buah..hehe..Apa-apa pun memang best bila dapat berkumpulan ramai-ramai. Kena pulak kat Muar kebun Pak Long ada lagilah. Mungkin lain kali Hari Keluarga akan diadakan di Muar, Siapa Tahu? Yang sorang ni pun taknak kalah gak..siap dapat bantuan dari Tok Wan dia lagi..
 
 AZAM DAN ATUKNYERR

Orang kekebun dia pun ikut. EWAN JUNIOR si AZAM..hehe..Gelagat cukup menghiburkan dengan keletah dia. Bukan Main suka lagi bila dapat ambik gambar dengan buah rambutan. Keluar kebun jer badan dan berbintat-bintat dek kena gigit Nyamuk..

Monday, July 11, 2011

SATU PERMULAAN 1001 KENANGAN



Lama tak dikemaskini blog nie. Sayang pulak nak dibiarkan sepi tanpa berita. Ada cerita tetapi nak mengemaskinikannya agak malas. Harapan ada yang sudi mengemaskinikan blog Keluarga ini. Kat sini saya cuma ingin mengemaskinikan salah satu aktiviti Keluarga 69 yang telah dijalankan iaitu Majlis Khatam Al-Quran dan Majlis Tahlil keluarga 69.

KERABAT KELUARGA 69 (tak sepenuhnya)

Selain dari Majlis Khatam Al-Quran dan Majlis Tahlil, Majlis akad nikah anak Abang Atan juga berlangsung pada hari yang sama iaitu 3hb Julai 2011. Sejarah pada hari tersebut kerana Baju yang ditempah telah siap dengan cantiknya. Terima Kasih kepada Along Erul atas usaha kerana dan Anjang Udin yang Follow up baek punya.

Tuesday, February 15, 2011

GAMBAR AKTIVITI HARI KELUARGA 69 SAMBUNGAN YANG TERDAHULU..



Lambat sikit update mengenai gambar Hari Keluarga tempoh hari. Sambungan gambar sesi petang dan acara di Malam hari (Lucky Draw). Nak cerita gak kemeriahan Majlis atau acara penutup sukaneka pada hari itu yang mana Acara Semakin Jauh Semakin Sayang menjadi acara penutup pada petang hari sebelum disambung ke Malam...

 ACARA SEMAKIN JAUH SEMAKIN SAYANG

MODEL KELUARGA 69 DAN ACARA POTONG KEK ULANGTAHUN PERKAHWINAN

 
MAJLIS POTONG KEK HARI JADI KELUARGA 69 YANG MENYAMBUT HARI JADI PADA BULAN FEBRUARI 2011

 KOLEKSI HADIAH KELUARGA TERATAKARMO..HEHE

 ADEYY..ORANG LAIN PUN MENANG GAK..INI SUDAH LEBEYY..HEHE


Keseluruhan Majlis Hari Keluarga 69 yang kali pertama telah berjaya dianjurkan dengan jayanya. Insyallah pada tahun akan datang Hari Keluarga 69 akan diadakan dengan pelbagai lagi acara. Kalo sesiapa nak jadi Sponser hadiah tuh..dialu-alukan..hehe..Terima Kasih buat Penganjur yang telah menganjurkan aktiviti yang cukup menarik ini..

Friday, February 11, 2011

NORLIA GHANI @ JOYAH DIRAGUT HILANG RM8,000 | NASHA AZIZ KENA ROMPAK HILANG RM40,000



Saya nak cerita gak sekadar berkongsi maklumat perihal artis kat blog keluarga 69 nie. Kut-kut artis ni ada peminat dikalangan sepupu sepapat..hehe..Nie hah cerita Artis Veteran iaitu Norlia Ghani atau lebih dikenali dengan nama glmour beliau JOYAH. Terbaca maklumat mengatakan beliau telah kerugian RM8,000 wang pendahuluan berlakon gara-gara kena ragut kat pust membeli belah kat Ampang Part jumaat lepas.


Adoii..mau menangis masa tu gak. Yelah baru nak bershopping kira lepas dapat gajilah tuhh kena kebas pula. Handbag beliau telah diragut setelah beliau mengeluarkan duit dari bank berdekatan. Menurut beliau peragut macam dah perati beliau kerana setelah peragut dapat beg beliau..si peragut cuma mengambil sampul surat yang berisi duit dan mencampak beg dan terus lari menaiki Motosikal.


Sebelum nie rabu lepas seorang lagi Artis dan model telah kena rompak di persiaran Ampang Hilir dan telah kerugian sebanyak RM40,000 dalam bentuk wang tunai dan barangan berharga. NASHA AZIZ juga telah dirompak setelah beliau mengeluarkan wang dari bank. Perompak macam dah perati gak artis nie dari awal.

Modus operandi pun sama dua orang peragut merompak beliau. NASHA AZIZ juga mengalami kecederaan setelah berlaku pergelutan antara beliau dengan si peragut. Nampaknya artis-artis sekarang kena berhati-hati kerana dah jadik macam trend pulak artis kena rompak. Kepad kaum keluarga dan sahabat handai..berhati-hati kerana kejadian sebegini mungkin berlaku kepada anda semua..

KEMALANGAN NGERI JALAN KAPAR MENGHALA KE KUALA SELANGOR



Maklumat untuk dikongsi bersama. Kira-kira pukul 8 lebih, pagi tadi Seorang penunggang motosikal telah terbunuh betul-betul depan rumah Pak Andak Katan iaitu berdekatan dengan simpang U Turn jalan menghala ke Taman Seri 12. Identiti Mangsa telah dipastikan iaitu seorang budak berbangsa India Menurut sumber-sumber angin ada yang mengatakan budak India nie duduk kat Taman Seri Kerayong.

 
 
 MOTOSIKAL DIHERET SAMPAI BERDEKATAN MASJID BADARIAH BATU 12

 PIHAK POLIS MELAKUKAN SIASATAN

Rasa-rasa Simpang U Turn kat depan Taman Seri 12 nie Cukup merbahaya. Saya berpesan moga sepupu sepapat berhati-hati bila berada dipersimpangan ini kerana dah banyak kes kemalangan berlaku kat depan simpang ini dan Kemalangan hari ini merupakan pertama kali melibatkan Nyawa Terkorban..

** Gambar Mayat tidak dipaparkan atas sebab terlampau Ngeri dan tak sesuai dipaparkan kat dalam nie. Harap Maklum.

Thursday, February 10, 2011

SALAM DARI ABANG JEJAI EMPUNYA BLOG TERATAKARMO.



Salam buat keluarga 69. Sebelum memulakan ulasan biar abang jejai perbetulkan sebutan blog kita ek...TERATAKARMO bukan TERATAK KARMO bunyinya tetapi TERATAK ARMO ok..hehe. Dah ramai rasanya diberi access untuk update blog mana korang nie..adeyy..


Untuk permulaan korang buat lah entri kosong maksud bang jai entri hanya dengan tulisan. Kalau nak masuk gambar boleh kalau dah pandai. Yang tuh abang jai ajar bila korang dah pandai nak log in ke blog nie. Nie nak log in terkial-kial susah wehh..hehe

Mana si Ewan nie? Kata nak tunjuk cara-cara menanam betik dengan betul? Si Abang Pajeni pun sama..mehlah iklan barang yang nak dijual tuhh...abang nak jual seluar jenama levis ker atau seluar kecik..wakaka. Along mehh cerita pengalaman pun boleh kat sini.

Angah nak jual kain pun takdak masalah kat dalam nie..dipersilakan. Tengah tunggu Anjang Udin untuk update Tazkirah. Si Ain dan Seha sonyap jer..apa cerr?? Si Along Epul..pi ambik gambo yang kena potong hari tuhh..tampal gambar kat dalam nie..hehe

Oklah kang panjang entri nie mengamuk pulak kerabat 69. Jangan lupa sama-sama update blog ek. Kalau abang jai sorang uihhhh...berat nanti sapa nak dodoikan Fasha Sandha @ Akak Molly karang..hehe. Takpe kalau taktahu tapi jangan buat tak tahu pulak yerrr..ehh..PoGeee dan Acik Mano???

** Nantilah buat Tuisyen kat rumah si Abang Pajeni. Siapa nak angkat jari..wakakaka