Friday, February 11, 2011

NORLIA GHANI @ JOYAH DIRAGUT HILANG RM8,000 | NASHA AZIZ KENA ROMPAK HILANG RM40,000



Saya nak cerita gak sekadar berkongsi maklumat perihal artis kat blog keluarga 69 nie. Kut-kut artis ni ada peminat dikalangan sepupu sepapat..hehe..Nie hah cerita Artis Veteran iaitu Norlia Ghani atau lebih dikenali dengan nama glmour beliau JOYAH. Terbaca maklumat mengatakan beliau telah kerugian RM8,000 wang pendahuluan berlakon gara-gara kena ragut kat pust membeli belah kat Ampang Part jumaat lepas.


Adoii..mau menangis masa tu gak. Yelah baru nak bershopping kira lepas dapat gajilah tuhh kena kebas pula. Handbag beliau telah diragut setelah beliau mengeluarkan duit dari bank berdekatan. Menurut beliau peragut macam dah perati beliau kerana setelah peragut dapat beg beliau..si peragut cuma mengambil sampul surat yang berisi duit dan mencampak beg dan terus lari menaiki Motosikal.


Sebelum nie rabu lepas seorang lagi Artis dan model telah kena rompak di persiaran Ampang Hilir dan telah kerugian sebanyak RM40,000 dalam bentuk wang tunai dan barangan berharga. NASHA AZIZ juga telah dirompak setelah beliau mengeluarkan wang dari bank. Perompak macam dah perati gak artis nie dari awal.

Modus operandi pun sama dua orang peragut merompak beliau. NASHA AZIZ juga mengalami kecederaan setelah berlaku pergelutan antara beliau dengan si peragut. Nampaknya artis-artis sekarang kena berhati-hati kerana dah jadik macam trend pulak artis kena rompak. Kepad kaum keluarga dan sahabat handai..berhati-hati kerana kejadian sebegini mungkin berlaku kepada anda semua..

1 comment:

adibah said...

waaaaa...byk gler duit dorg bwk ni..beragak la kot nk shopping bwk duit cmtu..gunala debit kad ke..