Showing posts with label Ilmu Pengetahuan. Show all posts
Showing posts with label Ilmu Pengetahuan. Show all posts

Monday, February 14, 2011

SEKADAR PERINGATAN UNTUK SEMUA UMAT ISLAM




SUMBER :ustaz Zawawi

Baginda Nabi Muhammad memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam
dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh"

Beri salam - "assalamualaikum"
Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatullah hi wabarakatuh"

Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam assalamualaikum pada ZIZAH ye" contoh lerr...
Bukannya : "Kirim salam kat ZIZAH ye"

Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Semoga ada manfaat.


"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"
Maksud singkatan " A'kum"

Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan
"Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan.

Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan
"As Salam"
iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna
shortform A'kum dalam sms ataupun email.
Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang
Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.


Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang
bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.

Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan
dia guna "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.

Semoga ada manfaatnya.

Thursday, February 10, 2011

HIKMAH AYATUL KURSI



SINAR CAHAYA AYAT KURSI

1)Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidonya,Allah SWT mewakilkan dua Malaikat memeliharanya hingga subuh

2)Barang siapa membaca ayat Al-kursi di akhir setiap solat fardu,dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga solat fardu yg lain.

3)Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap solatnya,tidak menengah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya,rumah jirannya dan rumah rumah sekitarnya.

4)Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 solat fardunya,Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5)Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya,maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya,mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6)Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di ahkir soltnya Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yg berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7)Barang siapa yg membaca ayat Al-Kursu ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.


*tiada yg rugi bagi kita mnjadi umat yg terpilih di sisiNya....

UNTUK PENGETAHUAN KITA BERSAMA



Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) Dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), Dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .Apabila Allah swt. Memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt melaknat Dan perintah turun ke bumi.

Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam Dan Syaitan.
  1. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) Dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).
  2. Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan ASAP yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan ASAP kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu.
  3. Tempat tinggal Jin seperti di awan , sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas Dan kubur.
  4. Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalan raya), perlu baca " Sala Mun, ' Ala Sulaiman, Fil 'alamin."
Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, Kita jadi cucu cicit jin !!!!

Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika Ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong....Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya , sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu.

Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya Dan tongkat tersebut reput Dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam.. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis.

Jin lari selama 3 Hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... Orang melayu suka sangat menepung tawar !!! Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 ~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk.

* Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati...