Saturday, September 3, 2011

Hari Raya Di Muar 2011 Hari Raya di Kebun?



Hari Raya kedua Hari Raya Di Muar Serangan dari Keluarga 69. Yang Hadir Keluarga Uteh, Ucu dan Anjang Udin. Nilah dikatakan berhari raya dikebun..hehe.Tengok jerlah gelagat Anjang Udin bila dapat jumpa kebun buah. Memang tak henti-henti ambik buah. Kalo musim durian mau sehari suntuk kat kebun..hehe..Layan dulu gambar aksi Anjang Udin menjolok buah..
 
 MISI BERMULA

SENYUM DAHULU AMBIK BERKAT..HEHE

AKSI MENJOLOK BUAH DUKU

BUAH RAMBUTAN TAKYAH JOLOK MAIN PETIK JERR

MENGHILANG PENAT DENGAN MAKAN BUAH RAMBUTAN..HEHE

Tu dia..korang tengok jerlah gelagat Anjang Udin bila dapat jumpa kebun buah..hehe..Apa-apa pun memang best bila dapat berkumpulan ramai-ramai. Kena pulak kat Muar kebun Pak Long ada lagilah. Mungkin lain kali Hari Keluarga akan diadakan di Muar, Siapa Tahu? Yang sorang ni pun taknak kalah gak..siap dapat bantuan dari Tok Wan dia lagi..
 
 AZAM DAN ATUKNYERR

Orang kekebun dia pun ikut. EWAN JUNIOR si AZAM..hehe..Gelagat cukup menghiburkan dengan keletah dia. Bukan Main suka lagi bila dapat ambik gambar dengan buah rambutan. Keluar kebun jer badan dan berbintat-bintat dek kena gigit Nyamuk..

Monday, July 11, 2011

SATU PERMULAAN 1001 KENANGAN



Lama tak dikemaskini blog nie. Sayang pulak nak dibiarkan sepi tanpa berita. Ada cerita tetapi nak mengemaskinikannya agak malas. Harapan ada yang sudi mengemaskinikan blog Keluarga ini. Kat sini saya cuma ingin mengemaskinikan salah satu aktiviti Keluarga 69 yang telah dijalankan iaitu Majlis Khatam Al-Quran dan Majlis Tahlil keluarga 69.

KERABAT KELUARGA 69 (tak sepenuhnya)

Selain dari Majlis Khatam Al-Quran dan Majlis Tahlil, Majlis akad nikah anak Abang Atan juga berlangsung pada hari yang sama iaitu 3hb Julai 2011. Sejarah pada hari tersebut kerana Baju yang ditempah telah siap dengan cantiknya. Terima Kasih kepada Along Erul atas usaha kerana dan Anjang Udin yang Follow up baek punya.

Monday, March 21, 2011

SESUATU YANG BAIK UNTUK DI RENUNGI....





Berilah yang terbaik buat ibu-ibu anda sementara ibu anda masih hidup

Bila seronok, aku cari....
pasanganku
-Bila sedih, aku cari..... Mak
-Bila berjaya, aku ceritakan pada.... pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada... . Mak
-Bila bahagia, aku peluk erat.... pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat.... Emakku
-Bila nak bercuti, aku bawa.... pasanganku
-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... Mak
-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
-Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
-Selalu.. aku ingat pasanganku
-Selalu.. Mak ingat kat aku
-Bila-bila.. . aku akan talipon pasanganku
-Entah bila... aku nak talipon Mak
-Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
-Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk Emak
-Renungkan:
-"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
-bolehkah kau kirim wang untuk Mak ?
- Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

-Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......

-Tapi kalau Mak sudah tiada....... ...
- MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

-Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
-berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya... ..
-berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya...... .
-berapa ramai yang sanggup..... ... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
-berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

-Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
-fikir fikirkan apa yang tertulis dan tepuk dada tanya selera.......

-Ya Allah Ya Tuhanku,Engkau maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
-Engkau ampunkan dosa2 ibu ku Ya Allah
-kasihani ibuku seperti mana ia mengasihani ku Ya Allah
-Engakau panjangkanlah usianya Ya Allah
-jauhkan dia dari pekara2 yang tak di ingini Ya Allah
-berikan dia segala kegembiraan ku Ya Allah
-kerana dialah segalanya bagi ku
-amin......

Tuesday, March 1, 2011

AHLI TERBARU KELUARGA 69 | ZAIDAH BINTI ZAHID



Sekalung tahniah buat Dayah dan Zahid dengan kelahiran anak mereka  Zaidah binti Zahid  pada 12 hb Februari 2011. Sekadar ingin berkongsi gambar anak beliau @ Ahli terbaru Keluarga 69. Dah jadi Mak dan Ayah..hehe. Lepas nie ada harapan jadi wakil untuk turut serta dalam acara tiup Belon.



Baru dapat gambar melalui FB Keluarga 69. Jadi disini saya paparkan gambar anak beliau sebagai sebahagian memori didalam blog keluarga 69 ini.Apa-apa pun tahniah sekali lagi dari semua kaum kerabat 69. Jaga kesihatan diri dan anak. Semoga semuanya dilindungi dan diberkati olehNYA.

Tuesday, February 15, 2011

GAMBAR AKTIVITI HARI KELUARGA 69 SAMBUNGAN YANG TERDAHULU..



Lambat sikit update mengenai gambar Hari Keluarga tempoh hari. Sambungan gambar sesi petang dan acara di Malam hari (Lucky Draw). Nak cerita gak kemeriahan Majlis atau acara penutup sukaneka pada hari itu yang mana Acara Semakin Jauh Semakin Sayang menjadi acara penutup pada petang hari sebelum disambung ke Malam...

 ACARA SEMAKIN JAUH SEMAKIN SAYANG

MODEL KELUARGA 69 DAN ACARA POTONG KEK ULANGTAHUN PERKAHWINAN

 
MAJLIS POTONG KEK HARI JADI KELUARGA 69 YANG MENYAMBUT HARI JADI PADA BULAN FEBRUARI 2011

 KOLEKSI HADIAH KELUARGA TERATAKARMO..HEHE

 ADEYY..ORANG LAIN PUN MENANG GAK..INI SUDAH LEBEYY..HEHE


Keseluruhan Majlis Hari Keluarga 69 yang kali pertama telah berjaya dianjurkan dengan jayanya. Insyallah pada tahun akan datang Hari Keluarga 69 akan diadakan dengan pelbagai lagi acara. Kalo sesiapa nak jadi Sponser hadiah tuh..dialu-alukan..hehe..Terima Kasih buat Penganjur yang telah menganjurkan aktiviti yang cukup menarik ini..