Saturday, September 3, 2011

Hari Raya Di Muar 2011 Hari Raya di Kebun?



Hari Raya kedua Hari Raya Di Muar Serangan dari Keluarga 69. Yang Hadir Keluarga Uteh, Ucu dan Anjang Udin. Nilah dikatakan berhari raya dikebun..hehe.Tengok jerlah gelagat Anjang Udin bila dapat jumpa kebun buah. Memang tak henti-henti ambik buah. Kalo musim durian mau sehari suntuk kat kebun..hehe..Layan dulu gambar aksi Anjang Udin menjolok buah..
 
 MISI BERMULA

SENYUM DAHULU AMBIK BERKAT..HEHE

AKSI MENJOLOK BUAH DUKU

BUAH RAMBUTAN TAKYAH JOLOK MAIN PETIK JERR

MENGHILANG PENAT DENGAN MAKAN BUAH RAMBUTAN..HEHE

Tu dia..korang tengok jerlah gelagat Anjang Udin bila dapat jumpa kebun buah..hehe..Apa-apa pun memang best bila dapat berkumpulan ramai-ramai. Kena pulak kat Muar kebun Pak Long ada lagilah. Mungkin lain kali Hari Keluarga akan diadakan di Muar, Siapa Tahu? Yang sorang ni pun taknak kalah gak..siap dapat bantuan dari Tok Wan dia lagi..
 
 AZAM DAN ATUKNYERR

Orang kekebun dia pun ikut. EWAN JUNIOR si AZAM..hehe..Gelagat cukup menghiburkan dengan keletah dia. Bukan Main suka lagi bila dapat ambik gambar dengan buah rambutan. Keluar kebun jer badan dan berbintat-bintat dek kena gigit Nyamuk..

Monday, July 11, 2011

SATU PERMULAAN 1001 KENANGAN



Lama tak dikemaskini blog nie. Sayang pulak nak dibiarkan sepi tanpa berita. Ada cerita tetapi nak mengemaskinikannya agak malas. Harapan ada yang sudi mengemaskinikan blog Keluarga ini. Kat sini saya cuma ingin mengemaskinikan salah satu aktiviti Keluarga 69 yang telah dijalankan iaitu Majlis Khatam Al-Quran dan Majlis Tahlil keluarga 69.

KERABAT KELUARGA 69 (tak sepenuhnya)

Selain dari Majlis Khatam Al-Quran dan Majlis Tahlil, Majlis akad nikah anak Abang Atan juga berlangsung pada hari yang sama iaitu 3hb Julai 2011. Sejarah pada hari tersebut kerana Baju yang ditempah telah siap dengan cantiknya. Terima Kasih kepada Along Erul atas usaha kerana dan Anjang Udin yang Follow up baek punya.

Monday, March 21, 2011

SESUATU YANG BAIK UNTUK DI RENUNGI....





Berilah yang terbaik buat ibu-ibu anda sementara ibu anda masih hidup

Bila seronok, aku cari....
pasanganku
-Bila sedih, aku cari..... Mak
-Bila berjaya, aku ceritakan pada.... pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada... . Mak
-Bila bahagia, aku peluk erat.... pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat.... Emakku
-Bila nak bercuti, aku bawa.... pasanganku
-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... Mak
-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
-Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
-Selalu.. aku ingat pasanganku
-Selalu.. Mak ingat kat aku
-Bila-bila.. . aku akan talipon pasanganku
-Entah bila... aku nak talipon Mak
-Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
-Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk Emak
-Renungkan:
-"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
-bolehkah kau kirim wang untuk Mak ?
- Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

-Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......

-Tapi kalau Mak sudah tiada....... ...
- MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

-Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
-berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya... ..
-berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya...... .
-berapa ramai yang sanggup..... ... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
-berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

-Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
-fikir fikirkan apa yang tertulis dan tepuk dada tanya selera.......

-Ya Allah Ya Tuhanku,Engkau maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
-Engkau ampunkan dosa2 ibu ku Ya Allah
-kasihani ibuku seperti mana ia mengasihani ku Ya Allah
-Engakau panjangkanlah usianya Ya Allah
-jauhkan dia dari pekara2 yang tak di ingini Ya Allah
-berikan dia segala kegembiraan ku Ya Allah
-kerana dialah segalanya bagi ku
-amin......

Tuesday, March 1, 2011

AHLI TERBARU KELUARGA 69 | ZAIDAH BINTI ZAHID



Sekalung tahniah buat Dayah dan Zahid dengan kelahiran anak mereka  Zaidah binti Zahid  pada 12 hb Februari 2011. Sekadar ingin berkongsi gambar anak beliau @ Ahli terbaru Keluarga 69. Dah jadi Mak dan Ayah..hehe. Lepas nie ada harapan jadi wakil untuk turut serta dalam acara tiup Belon.



Baru dapat gambar melalui FB Keluarga 69. Jadi disini saya paparkan gambar anak beliau sebagai sebahagian memori didalam blog keluarga 69 ini.Apa-apa pun tahniah sekali lagi dari semua kaum kerabat 69. Jaga kesihatan diri dan anak. Semoga semuanya dilindungi dan diberkati olehNYA.

Tuesday, February 15, 2011

GAMBAR AKTIVITI HARI KELUARGA 69 SAMBUNGAN YANG TERDAHULU..



Lambat sikit update mengenai gambar Hari Keluarga tempoh hari. Sambungan gambar sesi petang dan acara di Malam hari (Lucky Draw). Nak cerita gak kemeriahan Majlis atau acara penutup sukaneka pada hari itu yang mana Acara Semakin Jauh Semakin Sayang menjadi acara penutup pada petang hari sebelum disambung ke Malam...

 ACARA SEMAKIN JAUH SEMAKIN SAYANG

MODEL KELUARGA 69 DAN ACARA POTONG KEK ULANGTAHUN PERKAHWINAN

 
MAJLIS POTONG KEK HARI JADI KELUARGA 69 YANG MENYAMBUT HARI JADI PADA BULAN FEBRUARI 2011

 KOLEKSI HADIAH KELUARGA TERATAKARMO..HEHE

 ADEYY..ORANG LAIN PUN MENANG GAK..INI SUDAH LEBEYY..HEHE


Keseluruhan Majlis Hari Keluarga 69 yang kali pertama telah berjaya dianjurkan dengan jayanya. Insyallah pada tahun akan datang Hari Keluarga 69 akan diadakan dengan pelbagai lagi acara. Kalo sesiapa nak jadi Sponser hadiah tuh..dialu-alukan..hehe..Terima Kasih buat Penganjur yang telah menganjurkan aktiviti yang cukup menarik ini..

Monday, February 14, 2011

MAKANAN KELUARGA SEDUNIA



Salam maulidur rasul kepada semua.seperti yang anda tahu,hari ini adalah public holiday.semua bercuti dan mesti ade yg pergi berjalan bersama family kn.tapi student mcm sy ni xde la berjalan.dh duduk pn kat hutan,nk balik pn tak dapat sebab cuti sehari je.so duduk terperap dalam bilik sambil on9.sambil2 duduk xde kerja ni,sy pn google pasal makanan.sape yg rasa lapar tiba tiba skng??angkat perut..heheheh

kembali kepada topik asal..setelah mengoogle dgn agak lama sebab wifi lembab,saya jumpa sumthing yg agak menarik untuk dikongsi disini.Nak tau tak apa menu makanan setiap keluarga dari seluruh dunia?ha,tengok gambar ni dan anda akan tahu.....


The Ukita family of Kodaira City
  • Japan: The Ukita family of Kodaira City
  • Food expenditure for one week: 37,699 Yen or $317.25
  • Favorite foods: sashimi, fruit, cake, potato chips
The Manzo family of Sicily
  • Italy: The Manzo family of Sicily
  • Food expenditure for one week: 214.36 Euros or $260.11
  • Favorite foods: fish, pasta with ragu, hot dogs, frozen fish sticks
The Aboubakar family of Breidjing Camp
  • Chad: The Aboubakar family of Breidjing Camp
  • Food expenditure for one week: 685 CFA Francs or $1.23
  • Favorite foods: soup with fresh sheep meat
The Al Haggan family of Kuwait City
  • Kuwait: The Al Haggan family of Kuwait City
  • Food expenditure for one week: 63.63 dinar or $221.45
  • Family recipe: Chicken biryani with basmati rice
The Revis family of North Carolina
  • United States: The Revis family of North Carolina
  • Food expenditure for one week: $341.98
  • Favorite foods: spaghetti, potatoes, sesame chicken
The Casales family of Cuernavaca
  • Mexico: The Casales family of Cuernavaca
  • Food expenditure for one week: 1,862.78 Mexican Pesos or $189.09
  • Favorite foods: pizza, crab, pasta, chicken
The Dong family of Beijing
  • China: The Dong family of Beijing
  • Food expenditure for one week: 1,233.76 Yuan or $155.06
  • Favorite foods: fried shredded pork with sweet and sour sauce
The Sobczynscy family of Konstancin-Jeziorna
  • Poland: The Sobczynscy family of Konstancin-Jeziorna
  • Food expenditure for one week: 582.48 Zlotys or $151.27
  • Family recipe: Pig’s knuckles with carrots, celery and parsnips
The Ahmed family of Cairo
  • Egypt: The Ahmed family of Cairo
  • Food expenditure for one week: 387.85 Egyptian Pounds or $68.53
  • Family recipe: Okra and mutton
 The Ayme family of Tingo
  • Ecuador: The Ayme family of Tingo
  • Food expenditure for one week: $31.55
  • Family recipe: Potato soup with cabbage
The Caven family of California
  • United States: The Caven family of California
  • Food expenditure for one week: $159.18
  • Favorite foods: beef stew, berry yogurt sundae, clam chowder, ice cream
 The Batsuuri family of Ulaanbaatar
  • Mongolia: The Batsuuri family of Ulaanbaatar
  • Food expenditure for one week: 41,985.85 togrogs or $40.02
  • Family recipe: Mutton dumplings
The Bainton family of Cllingbourne Ducis
  • Great Britain: The Bainton family of Cllingbourne Ducis
  • Food expenditure for one week: 155.54 British Pounds or $253.15
  • Favorite foods: avocado, mayonnaise sandwich, prawn cocktail, chocolate fudge cake with cream
The Namgay family of Shingkhey Village
  • Bhutan: The Namgay family of Shingkhey Village
  • Food expenditure for one week: 224.93 ngultrum or $5.03
  • Family recipe: Mushroom, cheese and pork
The Melander family of Bargteheide
  • Germany: The Melander family of Bargteheide
  • Food expenditure for one week: 375.39 Euros or $500.07
  • Favorite foods: fried potatoes with onions, bacon and herring, fried noodles with eggs and cheese, pizza, vanilla pudding
  •  
Sumber : Time.com from the book “Hungry Planet”.

.: dari Malaysia xde,pe kate abg jai interview setiap ahli keluarga 69..HEHEH

SEKADAR PERINGATAN UNTUK SEMUA UMAT ISLAM




SUMBER :ustaz Zawawi

Baginda Nabi Muhammad memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam
dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh"

Beri salam - "assalamualaikum"
Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatullah hi wabarakatuh"

Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam assalamualaikum pada ZIZAH ye" contoh lerr...
Bukannya : "Kirim salam kat ZIZAH ye"

Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Semoga ada manfaat.


"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"
Maksud singkatan " A'kum"

Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan
"Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan.

Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan
"As Salam"
iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna
shortform A'kum dalam sms ataupun email.
Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang
Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.


Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang
bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.

Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan
dia guna "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.

Semoga ada manfaatnya.

Saturday, February 12, 2011

TAHNIAH HIDAYAH KERANA BERJAYA MENAMBAH LAGI AHLI KELUARGA 69



Tahniah diucapkan buat Puan Dayah dan Keluarga kerana beliau telah selamat melahirkan Seorang Bayi Perempuan pada 12 hb Februari 2011 di Hospital Banting kira-kira pukul 6.15 petang. Maklumat dari Anjang udin menyatakan anak beliau seberat 3kg. Bertambah seorang lagi sepupu sepapat Keluarga 69 nampak gayanya..( Meriahlah nanti kalo Ucu Pogee kahwin nanti..hehe)


Kemungkinan semasa entri ini keluar dayah dalam proses keluar dari Hospital kut dan akan tinggal bersama dengan emak mertua beliau (Kalo tak silaplah..kalau silap sila bagi tahu)..Apa-apa tahniah sekali lagi buat Beliau Sekeluarga. Tunggu kemunculan anak beliau didalam blog ini, sesiapa yang ambik gambar anak beliau tuhh..sila email kat sepupusepapat69@gmail.com untuk dikemaskinikan kat sini ek

Friday, February 11, 2011

NORLIA GHANI @ JOYAH DIRAGUT HILANG RM8,000 | NASHA AZIZ KENA ROMPAK HILANG RM40,000



Saya nak cerita gak sekadar berkongsi maklumat perihal artis kat blog keluarga 69 nie. Kut-kut artis ni ada peminat dikalangan sepupu sepapat..hehe..Nie hah cerita Artis Veteran iaitu Norlia Ghani atau lebih dikenali dengan nama glmour beliau JOYAH. Terbaca maklumat mengatakan beliau telah kerugian RM8,000 wang pendahuluan berlakon gara-gara kena ragut kat pust membeli belah kat Ampang Part jumaat lepas.


Adoii..mau menangis masa tu gak. Yelah baru nak bershopping kira lepas dapat gajilah tuhh kena kebas pula. Handbag beliau telah diragut setelah beliau mengeluarkan duit dari bank berdekatan. Menurut beliau peragut macam dah perati beliau kerana setelah peragut dapat beg beliau..si peragut cuma mengambil sampul surat yang berisi duit dan mencampak beg dan terus lari menaiki Motosikal.


Sebelum nie rabu lepas seorang lagi Artis dan model telah kena rompak di persiaran Ampang Hilir dan telah kerugian sebanyak RM40,000 dalam bentuk wang tunai dan barangan berharga. NASHA AZIZ juga telah dirompak setelah beliau mengeluarkan wang dari bank. Perompak macam dah perati gak artis nie dari awal.

Modus operandi pun sama dua orang peragut merompak beliau. NASHA AZIZ juga mengalami kecederaan setelah berlaku pergelutan antara beliau dengan si peragut. Nampaknya artis-artis sekarang kena berhati-hati kerana dah jadik macam trend pulak artis kena rompak. Kepad kaum keluarga dan sahabat handai..berhati-hati kerana kejadian sebegini mungkin berlaku kepada anda semua..

KEMALANGAN NGERI JALAN KAPAR MENGHALA KE KUALA SELANGOR



Maklumat untuk dikongsi bersama. Kira-kira pukul 8 lebih, pagi tadi Seorang penunggang motosikal telah terbunuh betul-betul depan rumah Pak Andak Katan iaitu berdekatan dengan simpang U Turn jalan menghala ke Taman Seri 12. Identiti Mangsa telah dipastikan iaitu seorang budak berbangsa India Menurut sumber-sumber angin ada yang mengatakan budak India nie duduk kat Taman Seri Kerayong.

 
 
 MOTOSIKAL DIHERET SAMPAI BERDEKATAN MASJID BADARIAH BATU 12

 PIHAK POLIS MELAKUKAN SIASATAN

Rasa-rasa Simpang U Turn kat depan Taman Seri 12 nie Cukup merbahaya. Saya berpesan moga sepupu sepapat berhati-hati bila berada dipersimpangan ini kerana dah banyak kes kemalangan berlaku kat depan simpang ini dan Kemalangan hari ini merupakan pertama kali melibatkan Nyawa Terkorban..

** Gambar Mayat tidak dipaparkan atas sebab terlampau Ngeri dan tak sesuai dipaparkan kat dalam nie. Harap Maklum.