Monday, March 21, 2011

SESUATU YANG BAIK UNTUK DI RENUNGI....





Berilah yang terbaik buat ibu-ibu anda sementara ibu anda masih hidup

Bila seronok, aku cari....
pasanganku
-Bila sedih, aku cari..... Mak
-Bila berjaya, aku ceritakan pada.... pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada... . Mak
-Bila bahagia, aku peluk erat.... pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat.... Emakku
-Bila nak bercuti, aku bawa.... pasanganku
-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... Mak
-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
-Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
-Selalu.. aku ingat pasanganku
-Selalu.. Mak ingat kat aku
-Bila-bila.. . aku akan talipon pasanganku
-Entah bila... aku nak talipon Mak
-Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
-Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk Emak
-Renungkan:
-"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
-bolehkah kau kirim wang untuk Mak ?
- Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

-Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......

-Tapi kalau Mak sudah tiada....... ...
- MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

-Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
-berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya... ..
-berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya...... .
-berapa ramai yang sanggup..... ... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
-berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

-Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
-fikir fikirkan apa yang tertulis dan tepuk dada tanya selera.......

-Ya Allah Ya Tuhanku,Engkau maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
-Engkau ampunkan dosa2 ibu ku Ya Allah
-kasihani ibuku seperti mana ia mengasihani ku Ya Allah
-Engakau panjangkanlah usianya Ya Allah
-jauhkan dia dari pekara2 yang tak di ingini Ya Allah
-berikan dia segala kegembiraan ku Ya Allah
-kerana dialah segalanya bagi ku
-amin......

Tuesday, March 1, 2011

AHLI TERBARU KELUARGA 69 | ZAIDAH BINTI ZAHID



Sekalung tahniah buat Dayah dan Zahid dengan kelahiran anak mereka  Zaidah binti Zahid  pada 12 hb Februari 2011. Sekadar ingin berkongsi gambar anak beliau @ Ahli terbaru Keluarga 69. Dah jadi Mak dan Ayah..hehe. Lepas nie ada harapan jadi wakil untuk turut serta dalam acara tiup Belon.



Baru dapat gambar melalui FB Keluarga 69. Jadi disini saya paparkan gambar anak beliau sebagai sebahagian memori didalam blog keluarga 69 ini.Apa-apa pun tahniah sekali lagi dari semua kaum kerabat 69. Jaga kesihatan diri dan anak. Semoga semuanya dilindungi dan diberkati olehNYA.