Tuesday, February 15, 2011

GAMBAR AKTIVITI HARI KELUARGA 69 SAMBUNGAN YANG TERDAHULU..



Lambat sikit update mengenai gambar Hari Keluarga tempoh hari. Sambungan gambar sesi petang dan acara di Malam hari (Lucky Draw). Nak cerita gak kemeriahan Majlis atau acara penutup sukaneka pada hari itu yang mana Acara Semakin Jauh Semakin Sayang menjadi acara penutup pada petang hari sebelum disambung ke Malam...

 ACARA SEMAKIN JAUH SEMAKIN SAYANG

MODEL KELUARGA 69 DAN ACARA POTONG KEK ULANGTAHUN PERKAHWINAN

 
MAJLIS POTONG KEK HARI JADI KELUARGA 69 YANG MENYAMBUT HARI JADI PADA BULAN FEBRUARI 2011

 KOLEKSI HADIAH KELUARGA TERATAKARMO..HEHE

 ADEYY..ORANG LAIN PUN MENANG GAK..INI SUDAH LEBEYY..HEHE


Keseluruhan Majlis Hari Keluarga 69 yang kali pertama telah berjaya dianjurkan dengan jayanya. Insyallah pada tahun akan datang Hari Keluarga 69 akan diadakan dengan pelbagai lagi acara. Kalo sesiapa nak jadi Sponser hadiah tuh..dialu-alukan..hehe..Terima Kasih buat Penganjur yang telah menganjurkan aktiviti yang cukup menarik ini..

Monday, February 14, 2011

MAKANAN KELUARGA SEDUNIA



Salam maulidur rasul kepada semua.seperti yang anda tahu,hari ini adalah public holiday.semua bercuti dan mesti ade yg pergi berjalan bersama family kn.tapi student mcm sy ni xde la berjalan.dh duduk pn kat hutan,nk balik pn tak dapat sebab cuti sehari je.so duduk terperap dalam bilik sambil on9.sambil2 duduk xde kerja ni,sy pn google pasal makanan.sape yg rasa lapar tiba tiba skng??angkat perut..heheheh

kembali kepada topik asal..setelah mengoogle dgn agak lama sebab wifi lembab,saya jumpa sumthing yg agak menarik untuk dikongsi disini.Nak tau tak apa menu makanan setiap keluarga dari seluruh dunia?ha,tengok gambar ni dan anda akan tahu.....


The Ukita family of Kodaira City
  • Japan: The Ukita family of Kodaira City
  • Food expenditure for one week: 37,699 Yen or $317.25
  • Favorite foods: sashimi, fruit, cake, potato chips
The Manzo family of Sicily
  • Italy: The Manzo family of Sicily
  • Food expenditure for one week: 214.36 Euros or $260.11
  • Favorite foods: fish, pasta with ragu, hot dogs, frozen fish sticks
The Aboubakar family of Breidjing Camp
  • Chad: The Aboubakar family of Breidjing Camp
  • Food expenditure for one week: 685 CFA Francs or $1.23
  • Favorite foods: soup with fresh sheep meat
The Al Haggan family of Kuwait City
  • Kuwait: The Al Haggan family of Kuwait City
  • Food expenditure for one week: 63.63 dinar or $221.45
  • Family recipe: Chicken biryani with basmati rice
The Revis family of North Carolina
  • United States: The Revis family of North Carolina
  • Food expenditure for one week: $341.98
  • Favorite foods: spaghetti, potatoes, sesame chicken
The Casales family of Cuernavaca
  • Mexico: The Casales family of Cuernavaca
  • Food expenditure for one week: 1,862.78 Mexican Pesos or $189.09
  • Favorite foods: pizza, crab, pasta, chicken
The Dong family of Beijing
  • China: The Dong family of Beijing
  • Food expenditure for one week: 1,233.76 Yuan or $155.06
  • Favorite foods: fried shredded pork with sweet and sour sauce
The Sobczynscy family of Konstancin-Jeziorna
  • Poland: The Sobczynscy family of Konstancin-Jeziorna
  • Food expenditure for one week: 582.48 Zlotys or $151.27
  • Family recipe: Pig’s knuckles with carrots, celery and parsnips
The Ahmed family of Cairo
  • Egypt: The Ahmed family of Cairo
  • Food expenditure for one week: 387.85 Egyptian Pounds or $68.53
  • Family recipe: Okra and mutton
 The Ayme family of Tingo
  • Ecuador: The Ayme family of Tingo
  • Food expenditure for one week: $31.55
  • Family recipe: Potato soup with cabbage
The Caven family of California
  • United States: The Caven family of California
  • Food expenditure for one week: $159.18
  • Favorite foods: beef stew, berry yogurt sundae, clam chowder, ice cream
 The Batsuuri family of Ulaanbaatar
  • Mongolia: The Batsuuri family of Ulaanbaatar
  • Food expenditure for one week: 41,985.85 togrogs or $40.02
  • Family recipe: Mutton dumplings
The Bainton family of Cllingbourne Ducis
  • Great Britain: The Bainton family of Cllingbourne Ducis
  • Food expenditure for one week: 155.54 British Pounds or $253.15
  • Favorite foods: avocado, mayonnaise sandwich, prawn cocktail, chocolate fudge cake with cream
The Namgay family of Shingkhey Village
  • Bhutan: The Namgay family of Shingkhey Village
  • Food expenditure for one week: 224.93 ngultrum or $5.03
  • Family recipe: Mushroom, cheese and pork
The Melander family of Bargteheide
  • Germany: The Melander family of Bargteheide
  • Food expenditure for one week: 375.39 Euros or $500.07
  • Favorite foods: fried potatoes with onions, bacon and herring, fried noodles with eggs and cheese, pizza, vanilla pudding
  •  
Sumber : Time.com from the book “Hungry Planet”.

.: dari Malaysia xde,pe kate abg jai interview setiap ahli keluarga 69..HEHEH

SEKADAR PERINGATAN UNTUK SEMUA UMAT ISLAM




SUMBER :ustaz Zawawi

Baginda Nabi Muhammad memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam
dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh"

Beri salam - "assalamualaikum"
Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatullah hi wabarakatuh"

Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam assalamualaikum pada ZIZAH ye" contoh lerr...
Bukannya : "Kirim salam kat ZIZAH ye"

Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Semoga ada manfaat.


"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"
Maksud singkatan " A'kum"

Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan
"Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan.

Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan
"As Salam"
iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna
shortform A'kum dalam sms ataupun email.
Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang
Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.


Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang
bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.

Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan
dia guna "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.

Semoga ada manfaatnya.

Saturday, February 12, 2011

TAHNIAH HIDAYAH KERANA BERJAYA MENAMBAH LAGI AHLI KELUARGA 69



Tahniah diucapkan buat Puan Dayah dan Keluarga kerana beliau telah selamat melahirkan Seorang Bayi Perempuan pada 12 hb Februari 2011 di Hospital Banting kira-kira pukul 6.15 petang. Maklumat dari Anjang udin menyatakan anak beliau seberat 3kg. Bertambah seorang lagi sepupu sepapat Keluarga 69 nampak gayanya..( Meriahlah nanti kalo Ucu Pogee kahwin nanti..hehe)


Kemungkinan semasa entri ini keluar dayah dalam proses keluar dari Hospital kut dan akan tinggal bersama dengan emak mertua beliau (Kalo tak silaplah..kalau silap sila bagi tahu)..Apa-apa tahniah sekali lagi buat Beliau Sekeluarga. Tunggu kemunculan anak beliau didalam blog ini, sesiapa yang ambik gambar anak beliau tuhh..sila email kat sepupusepapat69@gmail.com untuk dikemaskinikan kat sini ek

Friday, February 11, 2011

NORLIA GHANI @ JOYAH DIRAGUT HILANG RM8,000 | NASHA AZIZ KENA ROMPAK HILANG RM40,000



Saya nak cerita gak sekadar berkongsi maklumat perihal artis kat blog keluarga 69 nie. Kut-kut artis ni ada peminat dikalangan sepupu sepapat..hehe..Nie hah cerita Artis Veteran iaitu Norlia Ghani atau lebih dikenali dengan nama glmour beliau JOYAH. Terbaca maklumat mengatakan beliau telah kerugian RM8,000 wang pendahuluan berlakon gara-gara kena ragut kat pust membeli belah kat Ampang Part jumaat lepas.


Adoii..mau menangis masa tu gak. Yelah baru nak bershopping kira lepas dapat gajilah tuhh kena kebas pula. Handbag beliau telah diragut setelah beliau mengeluarkan duit dari bank berdekatan. Menurut beliau peragut macam dah perati beliau kerana setelah peragut dapat beg beliau..si peragut cuma mengambil sampul surat yang berisi duit dan mencampak beg dan terus lari menaiki Motosikal.


Sebelum nie rabu lepas seorang lagi Artis dan model telah kena rompak di persiaran Ampang Hilir dan telah kerugian sebanyak RM40,000 dalam bentuk wang tunai dan barangan berharga. NASHA AZIZ juga telah dirompak setelah beliau mengeluarkan wang dari bank. Perompak macam dah perati gak artis nie dari awal.

Modus operandi pun sama dua orang peragut merompak beliau. NASHA AZIZ juga mengalami kecederaan setelah berlaku pergelutan antara beliau dengan si peragut. Nampaknya artis-artis sekarang kena berhati-hati kerana dah jadik macam trend pulak artis kena rompak. Kepad kaum keluarga dan sahabat handai..berhati-hati kerana kejadian sebegini mungkin berlaku kepada anda semua..

KEMALANGAN NGERI JALAN KAPAR MENGHALA KE KUALA SELANGOR



Maklumat untuk dikongsi bersama. Kira-kira pukul 8 lebih, pagi tadi Seorang penunggang motosikal telah terbunuh betul-betul depan rumah Pak Andak Katan iaitu berdekatan dengan simpang U Turn jalan menghala ke Taman Seri 12. Identiti Mangsa telah dipastikan iaitu seorang budak berbangsa India Menurut sumber-sumber angin ada yang mengatakan budak India nie duduk kat Taman Seri Kerayong.

 
 
 MOTOSIKAL DIHERET SAMPAI BERDEKATAN MASJID BADARIAH BATU 12

 PIHAK POLIS MELAKUKAN SIASATAN

Rasa-rasa Simpang U Turn kat depan Taman Seri 12 nie Cukup merbahaya. Saya berpesan moga sepupu sepapat berhati-hati bila berada dipersimpangan ini kerana dah banyak kes kemalangan berlaku kat depan simpang ini dan Kemalangan hari ini merupakan pertama kali melibatkan Nyawa Terkorban..

** Gambar Mayat tidak dipaparkan atas sebab terlampau Ngeri dan tak sesuai dipaparkan kat dalam nie. Harap Maklum.

Thursday, February 10, 2011

HIKMAH AYATUL KURSI



SINAR CAHAYA AYAT KURSI

1)Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidonya,Allah SWT mewakilkan dua Malaikat memeliharanya hingga subuh

2)Barang siapa membaca ayat Al-kursi di akhir setiap solat fardu,dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga solat fardu yg lain.

3)Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap solatnya,tidak menengah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya,rumah jirannya dan rumah rumah sekitarnya.

4)Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 solat fardunya,Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5)Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya,maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya,mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6)Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di ahkir soltnya Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yg berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7)Barang siapa yg membaca ayat Al-Kursu ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.


*tiada yg rugi bagi kita mnjadi umat yg terpilih di sisiNya....

SELAMAT DATANG KE BLOG KELUARGA 69



SELAMAT DATANG

Salam satu Malaysia kepada semua. Saya JeJAI dari teratakarmo selaku admin bersama dengan ini mengalu-galu kehadiran para pembaca,pelawat dan sesiapa sahaja kedalam Blog Keluarga 69 ini. Masih banyak yang perlu dilakukan untuk memperbaiki blog ini dan diharap anda semua dapat menyokong blog ini dan sama-sama memberi pendapat agar ia  terus berkembang.


Ada beberapa perancangan sedang dijalankan dan mungkin akan dikongsi dengan semua. Apa yang pasti blog ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara Keluarga 69 terutamanya dan juga dengan para pembaca dan blogger-blogger diluar sana. Harap anda semua terhibur dengan apa yang bakal dipaparkan didalam blog ini.


BLOGGING IS ABOUT SHARING AND SHARING IS ABOUT CARING..

SALAM DARI ABANG JEJAI EMPUNYA BLOG TERATAKARMO.



Salam buat keluarga 69. Sebelum memulakan ulasan biar abang jejai perbetulkan sebutan blog kita ek...TERATAKARMO bukan TERATAK KARMO bunyinya tetapi TERATAK ARMO ok..hehe. Dah ramai rasanya diberi access untuk update blog mana korang nie..adeyy..


Untuk permulaan korang buat lah entri kosong maksud bang jai entri hanya dengan tulisan. Kalau nak masuk gambar boleh kalau dah pandai. Yang tuh abang jai ajar bila korang dah pandai nak log in ke blog nie. Nie nak log in terkial-kial susah wehh..hehe

Mana si Ewan nie? Kata nak tunjuk cara-cara menanam betik dengan betul? Si Abang Pajeni pun sama..mehlah iklan barang yang nak dijual tuhh...abang nak jual seluar jenama levis ker atau seluar kecik..wakaka. Along mehh cerita pengalaman pun boleh kat sini.

Angah nak jual kain pun takdak masalah kat dalam nie..dipersilakan. Tengah tunggu Anjang Udin untuk update Tazkirah. Si Ain dan Seha sonyap jer..apa cerr?? Si Along Epul..pi ambik gambo yang kena potong hari tuhh..tampal gambar kat dalam nie..hehe

Oklah kang panjang entri nie mengamuk pulak kerabat 69. Jangan lupa sama-sama update blog ek. Kalau abang jai sorang uihhhh...berat nanti sapa nak dodoikan Fasha Sandha @ Akak Molly karang..hehe. Takpe kalau taktahu tapi jangan buat tak tahu pulak yerrr..ehh..PoGeee dan Acik Mano???

** Nantilah buat Tuisyen kat rumah si Abang Pajeni. Siapa nak angkat jari..wakakaka


UNTUK PENGETAHUAN KITA BERSAMA



Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) Dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), Dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .Apabila Allah swt. Memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt melaknat Dan perintah turun ke bumi.

Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam Dan Syaitan.
  1. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) Dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).
  2. Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan ASAP yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan ASAP kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu.
  3. Tempat tinggal Jin seperti di awan , sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas Dan kubur.
  4. Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalan raya), perlu baca " Sala Mun, ' Ala Sulaiman, Fil 'alamin."
Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, Kita jadi cucu cicit jin !!!!

Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika Ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong....Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya , sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu.

Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya Dan tongkat tersebut reput Dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam.. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis.

Jin lari selama 3 Hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... Orang melayu suka sangat menepung tawar !!! Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 ~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk.

* Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati...

Wednesday, February 9, 2011

BLOG TUTORIAL BUAT SEPUPU SEPAPAT | MACAMANA NAK BUAT ENTRI KAT BLOG DAA



Blog Tutorial nie dibuat khas untuk keluarga 69 yang telah mendapat jemputan untuk men'Sumbang'kan Blog Keluarga 69 ini. Sesiapa yang berminat jangan lupa tinggalkan email kat Channel 69 ek. Diharap Semua faham macamana nak update atau mengemaskinikan Blog. Ingat nak bahagikan kepada beberapa kategori tapi takpe untuk permulaan hantam sajalah yerr..hehe

MASUKKAN EMAIL DIBAHAGIAN SIGN IN

WEBSITE BLOGGER

LANGKAH PERTAMA. 
Buka Blog generasi69@blogspot.com. Klik bahagian Sign in,secara automatik anda akan dibawa ke website blogger. Masukkan Alamat Email anda dibahagian Sign In untuk pergi ke bahagian DASHBOARD ( Menu Utama sebelum membuat Entri @ Cerita anda). Pastikan kalau akaun email selain dari akaun email GMAIL. Anda dikehendaki isikan sepenuhnya email address anda.


LANGKAH KEDUA
Anda akan dipautkan kebahagian DASHBOARD. Untuk memulakan Entri @ Cerita, anda tekan butang NEW . Teurskan dengan apa-apa cerita. Apa-apa hal nanti saya adjustkan balik.


LANGKAH KETIGA
INGAT!! Tajuk penting. Mulakan dengan tajuk yang releven dengan cerita yang bakal diceritakan. Jangan cerita pasal tanam bunga tapi tajuk MENGORENG PISANG pulak yerr..hehe. Setelah siap entri,semak balik apa yang ditulis kut-kut ada yang tersalah eja. Dah selesai dan berpuashati barulah tekan button PUBLISHED dan ini merupakan langkah terakhir..

SELAMAT BERBLOGGING